exam…in student life..
Kepada yang akan menduduki peperiksaan, selamat mengulangkaji pelajaran..Usah patah semangat dek secalit kegagalan..hadapilah segala rintangan dengan sabar..Sesungguhnya pelayaran ini bukanlah sesuatu yang sia-sia…
Dari Muadz Bin Jabal berkata, Rasulullah saw pernah bersabda,
‘Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah ketakutan,
mencarinya merupakan ibadah, menyebut-nyebutnya merupakan tasbih,
membahaskannya merupakan jihad, menyampaikannya kepada orang yang layak
menerimanya merupakan taqarrub, kerana ilmu itu tanda halal dan haram
dan menara jalan para penghuni syurga. Ilmu merupakan pendamping di
saat ketakutan, teman saat terasing, teman bicara apabila berseorangan,
dalil atas kesenangan dan kesusahan, senjata dalam menghadapi musuh,
hiasan di hadapan teman. Allah memuliakan banyak kaum dengannya, lalu
menjadikan mereka penggerak dalam kebaikan, dan jejak mereka apabila
dituruti menjadi rujukan’.
Sedikit kata-kata pembakar semangat…moga kekal sepanjang zaman ye…
"Kalau nak makan nasi minyak, jangan ade fail, balik cepat". (Brother Hanafee,2007)

November 10th, 2008 at 12:06 am
You write very well.