untaian madah cinta…
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga
bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan
menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan
bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang
Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan
bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya
itu?
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu
seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti
sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan
mencintai anda.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta.