TENTANG CINTA..BETUL KE??
"Cinta..datangnya dari mata..kemudian
turun ke hati"
"Rasa cinta..Adalah satu anugerah
tuhan pada hambaNya..Dan kerananya manusia sanggup melakukan apa saja..Asalkan
dia memiliki apa yang dicita..Kerna cinta..Sanggup berkorban apa saja, harta
dan nyawa..Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta..Ingin
bersama sepanjang masa..Tetapi pastikah cintamu dihargai..Mungkinkah si dia
akan tetap setia..Setelah kau serah jiwa.. dan ragamu..Mungkinkah kau pastikan
tidak akan dihancurkan..Jika kau mencintai bunga..Sedarlah engkau bunga itu
akan layu..Jika kau cintakan manusia..Sedarlah suatu hari dia..akan pergi..Jika
kau mencintai harta..Harta itu nanti kau akan tinggalkan..Jika kau mencintai
Ilahi..Hanya Dia yang akan kekal abadi..Justeru..Cintailah Ilahi"
"Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat…"
"Konsep sayang yang perlu difahami
maksudnya …kadang kala kita simpan apa yg kita sayang dan kadangkala kita
lepaskan apa yg kita sayang …yg penting semuanya mesti kerana Allah."
"kalau kita syg someone..kita akan
berikan yg terbaik utk dier..kalo ade kekurangan dlm diri kiter..kiter cube
ubah so that he/she will be happier with us..not being perfect..but d best at
least for him/her and for our own good..xkire pon sape org
tu..kekasih..kawan..keluarga"
"kalau KITA syg sgt kat seseorang,KITA
akan sanggup berkorban smpi ke tahap melepaskan dia.sebab KITA rase ada org
yang jauh lagi baik yang mampu membuatkan hidup org yg KITA syg tu lg bahagia
dan gembira..KITA takkan menjadi seorang yg pentingkan diri sendiri yg hanya
ingin hidup KITA bahagia, tapi pada masa yg sama, org yg KITA syg tu mungkin
tak segembira KITA..jadi pd pendapat saye yg cetek pengalaman ini, saye rase
klu KITA betul2 syg kt org tu, KITA hanya ingin mengharapkan yg terbaik buat
dirinya walaupun KITA terpaksa berkorban dan mungkin akan mengambil masa yg
lama untuk bangun dari kekecewaan. Tapi andai kata masing2 dah syg sama
syg….jgn melarikan diri dari masalah, sebaliknya cuba memperbaiki diri dan memberi yang terbaik..walau
apepon, tiada manusia yang sempurna dan jodoh pertemuan itu hanya Allah yang
tentukan. Wallahu’alam."
Petikan2 ini diambil dari sahabat2 penulis
yg sememangnyer berpengalaman luas dalam "ERTI CINTA"
Dalam konteks cinta, sememangnya telah
banyak pengertian2 yg diberi utk cinta dan kasih..
Jika ditanya;
" Kalau kita sayangkan
seseorang..Kadang-kadang kita kena lepaskannya..Betulkah?"
(note: soalan ini melibatkan hubungan
antara seorang lelaki dan seorang wanita..)
Lantas, apakah jawapan yg terbaik utk
diberi dan dikongsi?
Bagi penulis, hanya orang yg bertanya
sahaja yg mampu menilai apa yg terbaik utk dirinya dan yg disayangi kerana dia
lebih memahami apa yg berlaku..namun, perlu diingatkan bahawa cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa
bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Bagi penulis,
boleh dikatakan yang Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3
perspektif:
1. Mencintainya kerana Allah
(mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya).
Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya: Cinta suami isteri yang bernikah
untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti
sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.
2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana
nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita
lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: "Dan
diantara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka
mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat
cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik."
(Al Baqarah: Ayat 165)
3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.
Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat wanita atau kita (wanita) melihat
lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat
pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan
perkara-perkara yang dilarang.
Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman..:) kerana disitu terletaknya sumber
jawapan yg mampu memberikan ketenangan dan kepastian..tapi ..BAGAIMANA?BETUL
KE?
BETUL kerana;
“…boleh jadi kamu membenci
sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.” [2:216]
"Mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar…”. [2 : 153]
".. maka bertawakkallah
kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.
Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu,
dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah
Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang
yang beriman itu berserah diri…” [3 : 159-160]
"…Di dalam hati
manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah
swt…" [Ibnu-Qayyum ]
"Apabila nafsu
berkuasa,gelaplah hati, Apabila hati gelita,sempitlah dada,Apabila dada
sempit,buruklah lakunya,Apabila buruk laku,ia dibenci semua makhluk" [Abu
Bakar Warraq]
Kesimpulannya, renung kembali erti cinta dan sayang kita itu dan tanyalah diri
sendiri soalan-soalan berikut;
1. Adakah cinta dan sayang kita ini jenis 1, 2 atau 3?Kalau
2..hrmm..fikirkanlah…
2. Mampukah kita menjaga
batas-batas pergaulan dan memelihara kehormatan diri? Jangan biarkan cinta yang
mubah ini menjadi cinta yang salah.
3. Last question tp sebenarnya yg paling penting..adakah hubungan yg terjalin
itu menjejaskan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya..
Pesanan akhir dari penulis;
Ingatlah firman Allah,
"Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri
dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." [Surah An
Naziat :Ayat 40-41]
Penulis sekadar ingin berkongsi pandangan sendiri yg pastinya terdapat
banyak kelemahan..jika ada tersalah dan silap, atau jika ada yg kurang bersetuju, penulis sememangnya bukan manusia yg sempurna..terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca coretan kali
ini..moga2 bermanfat utk kita semua..wassalam